Trivia / Fakta Ringkas mengenai Taman Tiara Perdana;
- Taman Tiara Perdana mula dihuni sejak tahun 2010.
- Majoriti penduduk berketurunan Melayu. Terdapat juga sejumlah kecil kaum Cina dan India.
- Kediaman yang siap dibina setakat ini adalah 481 unit (berdasarkan bancian tahun 2022) Jenis A (261 unit) dan Jenis C (220 unit). Kediaman jenis A di Blok 7 (bahagian belakang) manakala Kediaman jenis C di Blok 1, 2, dan 4 (bahagian hadapan).
- Kediaman jenis B (bahagian jajaran sungai), jenis D, E, dan F (bahagian belakang) masih belum dibangunkan oleh pemaju (SPNB).
- Pembangunan infra-masa depan di kejiranan ini adalah seperti sekolah rendah, sekolah agama, masjid, medan selera, stesen minyak dan fasa kediaman baharu.
- Sebuah kemudahan surau iaitu Surau As-Shafiee telah dibina di Jalan Tiara 7/7.
- Sebuah pertubuhan masyarakat dikenali Persatuan Penduduk Muafakat Taman Tiara Perdana (PPM-001-01-20032019) diwujudkan bagi menjaga kebajikan ahli persatuan (secara khususnya) dan menjaga kesejahteraan warga penduduk TTP (secara umumnya).
- Keahlian PPMTTP adalah dikadarkan yuran kali pertama RM 10 (sekali bayar suami RM5 + isteri RM5) dan yuran tahunan RM 10 / tahun, manakala keahlian seumur hidup (keahlian penuh sekali bayar) dikadarkan RM 150.00 melayakkan ahli untuk menyewa khemah, dewan, dan peralatan persatuan pada harga istimewa.
- Borang Menjadi Ahli Biasa / Seumur Hidup (klik di sini)
- Borang Menyewa Khemah / Lori (klik di sini)
- Borang Skim Khairat Kematian (klik di sini)
Pemandangan jalanraya di bulatan utama Taman Tiara Perdana.
Untuk mengikuti perkembangan aktiviti yang dijalankan PPMTTP, sila like Facebook - klik di sini; https://www.facebook.com/tamantiaraperdana
Model fasad Taman Tiara Perdana di galeri SPNB.
Salah satu kediaman Jenis C di blok 4 (Jalan Tiara 3/4).
Generasi pertama penduduk Taman Tiara Perdana bergambar kenangan sempena Aidilfitri. Foto bertarikh 30 Ogos 2011 di kediaman Allahyarham En. Jamal bin Hussein (Jalan Tiara 4/4).
Gambar bertarikh 12 Ogos 2015 sewaktu penutup Marhaban Aidilfitri di kediaman Allahyarham En. Rahman Arsyad (Jalan Tiara 7).