Thursday, 10 September 2015

Selamat datang ke blog Persatuan Penduduk Muafakat Taman Tiara Perdana (PPMTTP).


Trivia / Fakta Ringkas mengenai Taman Tiara Perdana;
  • Taman Tiara Perdana mula dihuni sejak tahun 2010.
  • Majoriti penduduk berketurunan Melayu. Terdapat juga sejumlah kecil kaum Cina dan India.
  • Kediaman yang siap dibina setakat ini adalah 481 unit (berdasarkan bancian tahun 2022) Jenis A (261 unit) dan Jenis C (220 unit). Kediaman jenis A di Blok 7 (bahagian belakang) manakala Kediaman jenis C di Blok 1, 2, dan 4 (bahagian hadapan). 
  • Kediaman jenis B (bahagian jajaran sungai), jenis D, E, dan F (bahagian belakang) masih belum dibangunkan oleh pemaju (SPNB).
  • Pembangunan infra-masa depan di kejiranan ini adalah seperti sekolah rendah, sekolah agama, masjid, medan selera, stesen minyak dan fasa kediaman baharu.
  • Sebuah kemudahan surau iaitu Surau As-Shafiee telah dibina di Jalan Tiara 7/7.
  • Sebuah pertubuhan masyarakat dikenali Persatuan Penduduk Muafakat Taman Tiara Perdana (PPM-001-01-20032019) diwujudkan bagi menjaga kebajikan ahli persatuan (secara khususnya) dan menjaga kesejahteraan warga penduduk TTP (secara umumnya).
  • Keahlian PPMTTP adalah dikadarkan yuran kali pertama RM 10 (sekali bayar suami RM5 + isteri RM5) dan yuran tahunan RM 10 / tahun, manakala keahlian seumur hidup (keahlian penuh sekali bayar) dikadarkan RM 150.00 melayakkan ahli untuk menyewa khemah, dewan, dan peralatan persatuan pada harga istimewa.

 


Pemandangan jalanraya di bulatan utama Taman Tiara Perdana.



Untuk mengikuti perkembangan aktiviti yang dijalankan PPMTTP, sila like Facebook - klik di sini; https://www.facebook.com/tamantiaraperdana




Model fasad Taman Tiara Perdana di galeri SPNB.

Salah satu kediaman Jenis C di blok 4 (Jalan Tiara 3/4).

Generasi pertama penduduk Taman Tiara Perdana bergambar kenangan sempena Aidilfitri. Foto bertarikh 30 Ogos 2011 di kediaman Allahyarham En. Jamal bin Hussein (Jalan Tiara 4/4).


Gambar bertarikh 12 Ogos 2015 sewaktu penutup Marhaban Aidilfitri di kediaman Allahyarham En. Rahman Arsyad (Jalan Tiara 7).


Gambar bertarikh 6 Ogos 2016 sewaktu penutup sambutan Aidilfitri di kediaman Jalan Tiara 1.

 

Gambar bertarikh 13 Julai 2018 di Dewan Serbaguna TTP sempena sambutan Aidilfitri Mega TTP
 
 
Gambar bertarikh 19 Jan 2020 di Padang Riadah Jalan Tiara 4/4 sempena Gerak Mesra MDSR.


 
Gambar bertarikh 19 Jan 2022 di Bulatan TTP sempena Gerak Mesra MDSR.
 
 
Gambar bertarikh 18 Nov 2023 di Dewan Terbuka TTP sempena Sukaneka Hari Keluarga dirasmikan YB Datuk Hasni bin Mohammad (Ahli Parlimen Simpang Renggam)