Skim Rondaan Sukarela (SRS)

 
 
DAFTAR SEBAGAI ANGGOTA SRS (Percuma), KLIK DI SINI
 
 SENARAI ANGGOTA SRS BERDAFTAR, KLIK DI SINI
 
 S: Apakah itu Skim Rondaan Sukarela (SRS)?
J:  Skim Rondaan Sukarela (SRS) adalah suatu rancangan / skim yang dikendalikan oleh pemastautin sukarela yang mendiami Kawasan-Kawasan Rukun Tetangga demi menjaga keselamatan kawasan kejiranan mereka melalui aktiviti kawalan dan rondaan.

Pihak KRT Taman Harmoni Sri Mewah (No. Pendaftaran; RT01037516) melalui Pengerusinya iaitu Cikgu Aminuddin bin Hamzah, telah mentauliahkan kepada Unit Keselamatan Persatuan Penduduk Muafakat Taman Tiara Perdana (No. Pendaftaran; PPM-001-01-20032019) untuk mengurustadbir SRS bagi deskripsi kawasan rondaan yang dibenarkan.





S: Apakah syarat-syarat untuk menubuhkan Skim Rondaan Sukarela (SRS)?
J: Syarat-syarat untuk menubuhkan Skim Rondaan Sukarela (SRS) adalah seperti berikut :
a) Terdapat permintaan oleh sekurang-kurangnya 20 orang penduduk yang tinggal di dalam Kawasan Rukun Tetangga.
b) Berumur 18 tahun ke atas.
c) Warganegara Malaysia, lelaki dan wanita. Bukan warganegara boleh terlibat di dalam Skim Rondaan Sukarela (SRS) dengan syarat hendaklah memiliki dokumen perjalanan yang sah.

S:Bagaimana cara untuk mengendalikan aktiviti rondaan?
J: Anggota-anggota peronda boleh merujuk kepada Buku Panduan Pengendalian Skim Rondaan Sukarela kaedah dan prosedur untuk melakukan aktiviti rondaan.

S:Adakah pihak-pihak yang meronda di bawah Skim Rondaan Sukarela (SRS) layak diberi cuti rehat setelah selesai menjalankan tugas rondaan?
J: Anggota perkhidmatan awam yang menjalankan tugas rondaan mulai jam 12.00 malam untuk tempoh sekurang-kurangnya empat (4) jam berturut-turut layak dipertimbangkan pemberian pelepasan bekerja oleh Ketua Jabatan masing-masing. Tempoh pelepasan bekerja adalah bersamaan 4 jam sahaja dan selepas tempoh tersebut, anggota perkhidmatan awam dikehendaki melapor diri bertugas di pejabat masing-masing. Kemudahan pelepasan bekerja belum lagi dipanjangkan kepada sektor swasta dan oleh yang demikian, anggota peronda boleh memohon budi-bicara majikan masing-masing untuk mendapatkan pelepasan bekerja.

S:Adakah peralatan rondaan disediakan kepada peronda-peronda semasa menjalankan tugas rondaan?
J: Peronda-peronda yang bertugas menjalankan tugas rondaan akan dibekalkan dengan baju vest, topi, lampu picit, wisel, baton light, peti pertolongan cemas, rotan dan baju hujan. Peralatan di atas hendaklah disimpan oleh Jawatankuasa Skim.

S:Apakah kuasa yang ada kepada peronda-peronda semasa mereka menjalankan tugas rondaan?
J: Menurut Peraturan 27I [peraturan-Peraturan Perlu (Rukun Tetangga)1975(Pindaan)1988] menjelaskan bahawa anggota peronda semasa menjalankan tugas rondaan di dalam kawasan yang dibenarkan meronda disifatkan sebagai pegawai polis berpangkat konstabel dengan syarat semasa menjalankan tugas rondaan tertakluk kepada arahan dan kawalan Pengarah, Jawatankuasa Skim dan Ahli Jawatankuasa Skim.

S:Adakah anggota peronda diberi kuasa melakukan tangkapan?
J: Peronda yang menjalankan tugas rondaan dibenarkan melakukan tangkapan (citizen arrest) sebagaimana termaktub di bawah Seksyen 27 Kanun Prosedur Jenayah iaitu menangkap mana-mana orang yang melakukan kesalahan boleh tangkap dan tidak boleh dijamin, yang berlaku pada pandangannya (depan mata) dan menyerahkan orang yang ditangkap kepada pegawai polis yang hampir sekali atau menghantar orang yang ditangkap ke balai polis yang berhampiran sekali.

S: Apakah bentuk perlindungan yang diberi kepada anggota-anggota peronda jika berlaku sesuatu yang tidak diingini seperti kemalangan atau kecederaan?
J: Semua anggota peronda Skim Rondaan Sukarela (SRS) di beri perlindungan insuran kemalangan diri berkelompok 24 jam dengan faedah-faedah berikut :
a) Kematian akibat kemalangan = RM 19,000.00
b) Keilatan kekal akibat kemalangan = RM 19,000.00
c) Perbelanjaan perubatan (maksimum) = RM 500.00
d) Elaun Harian Hospital = RM 20.00 sehari (maksimum 30 hari)
e) Khairat Kematian (akibat kemalangan) = RM 1000.00


DAFTAR SEBAGAI ANGGOTA SRS (Percuma), KLIK DI SINI
 
 SENARAI ANGGOTA SRS BERDAFTAR, KLIK DI SINI


S: Siapakah yang boleh dihubungi untuk mendaftarkan diri sebagai anggota Skim Rondaan Sukarela?

Kelayakan orang awam / pemastautin sukarela;
- Warganegara Malaysia
- penduduk Taman Harmoni, Taman Sri Mewah, dan Taman Tiara Perdana (sama ada pemilik kediaman atau penyewa)
-  lelaki dan perempuan berumur 18 tahun ke atas.

Hantar maklumat berikut kepada 01156817650.
- Nama Penuh
- Mykad
- Alamat
- No. HP
- Pendidikan (SPM, STPM, Diploma etc)
- Foto Pasport/Selfie (muka penuh hingga paras dada)
.
atau

.
HADIRKAN DIRI ke Bilik Gerakan SRS Taman Tiara Perdana yang dibuka pada setiap malam bermula jam 11.30 malam.




Tiada yuran pendaftaran SRS!

Sukirman bin Selamat
Ketua Peronda (1) SRS
No.SRS; SRS5236M143851
WhatsApp; 011-33546419

Kamaruddin bin Abd Manap
Ketua Peronda (2) SRS
No. SRS; SRS5236M161447
WhatsApp; 017-7412499

Iskandar bin Kamari
Ketua Penyelia Pusat Kawalan
No. SRS; SRS5236M161442
WhatsApp; 011-56817650

Jawatankuasa SRS tidak mewajibkan kehadiran orang awam / pemastautin sukarela / pemegang kad SRS untuk hadir bertugas dan membuat rondaan berkumpulan pada setiap hari/malam.

Kehadiran adalah digalakkan SATU kali dalam SATU minggu. Atau setidak-tidaknya SATU kali dalam SATU bulan.
 
SENARAI ANGGOTA SRS BERDAFTAR, KLIK DI SINI

Semoga tugas sukarela secara berkumpulan ini dapat memelihara kesejahteraan dan kemakmuran kawasan kejiranan kita.