Ahli Baru

Istilah Warga TTP dan Ahli PPMTTP

Warga TTP merujuk kepada semua pemilik dan/atau penyewa di Taman Tiara Perdana. 

Manakala Ahli Persatuan Penduduk Muafakat Taman Tiara Perdana (PPMTTP) merujuk kepada pemilik dan/atau penyewa di Taman Tiara Perdana yang secara sukarela dan berkomitmen telah berdaftar dan membayar yuran persatuan.


Memohon sebagai ahli PPMTTP, daftarlah secara online. Klik di sini. 

Atau isi borang secara manual yang boleh diperolehi dari Pengerusi, Setiausaha atau Bendahari. Setiausaha akan memberi respon kepada anda (melalui WhatsApp atau SMS) dalam tempoh 24 jam selepas borang dihantar (secara manual atau online). Kemudiannya setelah permohonan diluluskan, anda bolehlah menjelaskan bayaran yuran kepada Bendahari seberapa segera.

Baca Perlembagaan dan Undang-undang bagi PPMTTP. Klik di sini.



Yuran & Faedah Penyertaan menjadi ahli PPMTTP;

Yuran seumur hidup adalah RM 150.00, dan anda layak menikmati pelbagai kemudahan meminjam 4 unit khemah, meja/kerusi, kipas, lampu, pinggan/cawan, dll untuk tujuan majlis dan kenduri di kediaman anda pada kadar sewaan rendah & istimewa rate ahli (tertakluk kepada syarat dan bayaran upah pengangkutan).



Skim Khairat Kematian TTP

Kini di sini untuk maklumat lanjut.





Apa yang perlu dibuat setelah mendapat kunci kediaman dari SPNB?


Berikut adalah syor dan panduan untuk anda (ahli baru TTP) sebaik sahaja mendapat kunci dari pihak pemaju (SPNB). Semoga bermanfaat;

Pemeriksaan kerosakan rumah dalam tempoh 2 minggu selepas mengambil kunci.

  • Keretakan simen
  • Kebocoran siling
  • Kerosakan pintu
  • Kerosakan pam tandas
  • Saluran air tersumbat
  • Kebocoran paip bawah tanah
  • Kerosakan atap
  • Kefungsian flush tandas.
  • Kerosakan pagar, dll.

Tuntutan kepada SPNB.
  • Cukai pintu terdahulu/tertunggak (sebelum tarikh ambil kunci) yang wajib dibayar oleh SPNB – adalah perlu dibayar terlebih dahulu oleh pemilik ke pejabat MDSR, dan serahkan salinan resit cukai kepada pihak SPNB untuk membuat tuntutan semula.
  • Anda juga diingatkan untuk menuntut semula bayaran deposit kediaman pemilik kepada SPNB (jika ada).

Tuntutan tong sampah SWM.

  • Sila tuntut tong sampah dari pihak pengurusan SWM Sdn Bhd – terletak di Taman Perindustrian Rengland (keluar dari tol Simpang Renggam, ambil kiri ke arah Benut, jarak dalam 1km). Lihat peta lokasi SWM - klik di sini.
  • Tuntutan tong pada setiap Rabu jam 10 pagi - 4 petang sahaja. Hari lain adalah bergantung kepada stok. Jika tiada stok, pihak SWM biasanya akan hantar tong ke kediaman anda pada waktu lain.
  • Membawa salinan kad pengenalan pemilik kediaman, dan salinan salah satu dari bil air atau bil eletrik atau bil cukai pintu.
  • Pungutan sampah akan dikutip pada setiap Selasa dan Jumaat.

Ralat bil pembentungan Indah Water.
  • Jumlah bil terdahulu (sebelum tarikh ambil kunci) akan dikira di dalam bil pembentungan anda, dan menjadikan jumlah bil tidak munasabah (selepas kunci diterima dan bil pembentungan pertama tiba di kediaman anda).
  • Bawa bil pembentungan dan kesemua bil air (SAJ) ke pejabat Indah Water di Kluang (berhadapan dengan Kluang Mall) untuk pembatalan bil terdahulu.

Turut disyor dan digalakkan untuk;
  • Meletakkan kotak/peti surat di pagar hadapan kediaman.
  • Menyalakan lampu di belakang kediaman pada waktu malam.
  • Menjaga kebersihan & keceriaan halaman.
  • Prihatin dengan keselamatan dan kewaspadaan di sekitar kejiranan.
  • Menyertai acara yang dianjurkan dalam TTP (jika berkelapangan).
  • Menjadi warga yang bertolak ansur dan berhemah tinggi terhadap aspek kebajikan serta kesejahteraan dalam TTP.